Wednesday, August 11, 2010

kenangan puasa ketika kecil

masih segar dalam ingatan aku ketika menyambut bulan yg mulia (ramadhan) ketika berusia 12 tahun. masa tu azam nak pose tinggi sgt. mak ayah selalu kata kalau aku dapat hbskan pose ni selama sebulan, aku akan dapat ganjaran yg cukup lumayan tapi dirahsiakan.. aku dan adik sentiasa berlumba-lumba nak bykkan hari pose. minggu pertama pose oklah lagi. semangat masa tu kuat. tapi bila dah lepas minggu kedua cam2 alasan bagi kat mak. demamlah, sakit perut, pening kepala. sampai mak dah faham. tapi aku juga tak terlepas dari memcuri makanan ketika pose. maklumlah masa tu tak blh fikir lagi mana baik mana yg buruk. sbb lapar punya pasal main sebat jer.. tambah2 lagi bila mak masak makanan kegemaran aku iaitu kerang rebus. memang terus tinggal pose. bab kata kalau satu periuk khas utk aku jer kerang tu.. ayah kata kalau pose tak penuh kita takblh raya. masa tu aku rasa lain sgt sbb pose aku tak penuh. tapi bila dah besar baru aku tahu naper mak ayah kita buat cam tu sbb dia nak kita semangat utk pose. pose bkn shj menahan lapar dan dahaga. maah, pose melatih diri kita agar sabar dgn perasaan kita,... oklah.. aku nak ucapkan selamat pose kepada semua kawan2 k. seoga kalian semua mendapat ganjaran pahala di bulan yg mulia ini. insyaalah... assalamualaikum.........

No comments:

Post a Comment