Friday, August 20, 2010

Geng Cahaya Gemilang



Bila sebut sahaja  desasiswa cahaya gemilang, mesti teringat akan desa yang dekat dengan taman durian valley usm. tapi bukan tu yang aku nak citer sebenarnya.... dari tahun satu hingga akhir ini aku tak pernah tukar desa. bukan sebab desa nya yang bagus tapi penghuni desanya yang begitu sporting buat aku tak boring ada di desa. bila tiba musim EPL penuh bilik TV dan bila tiba exam.... bilik study ketat dengan org. apa yang best aktiviti yang ada di desa buat aku jadi busy jer hujung minggu. penghuni desa CG ni boleh dikatakan mempunyai minat yang pelbagai......ada yang minat burung, barang antik, computer, bola, hiasan fesyen, motor, kereta dan macam2 lagi... letih kalau aku nak sebut semua. setiap petang penghuni dia akan turun ke padang bola keranjang utk main futsall dan kat situ boleh dgr suara mereka cam duk dalam gua.. kuat giler... petang juga ada yang ambil kesempatan utk karaoke lepas geram pada study atau asgmt atau awek yg buat perangai atau boring yg tiba2 dtg.. letih aku nak citer pasal desa ni.. korang dtglah sendiri tgk ya. salam....

Friday, August 13, 2010

DJ INAS & DJ AYIE DI TASEK BIAWAK


kalau anda nak tahu siapa yg bersuara manja di konti CInR. inilah orangnya. mukanya semanja suaranya gak. jangan terpikat... sebab DJ Inas ni dah berpunya. nak tahu siapa? tanya Inas sendiri k. DJ Inas ni ramai peminat. Jadi, kepada anda yg minat pada Inas tu apa kata hati2 sbb mungkin anda telah berkongsi minat yg sama dengan orang lain...hihihihihihihihhihihihihihi........

GENG ARMADA FC TAGIH KEJAYAAN


Inilah dia budak2 futsall armada fc yg begitu famous di USM. Mereka byk menang dari kalah bila sertai kejohanan. Cara mereka main dari hari ke hari semakin bgs. yang baju puteh tu pengurus dia (saudara somat). Kalau anda nak buat friendly dgn Team Armada ni blh dtg jumpa dgn beliau.. Apapun Tahniah diucapkan. semoga Armada FC terus mencipta kejayaan lagi selepas ini. memang korang hebat. chayooooooooooooook.....

LELONG BUNGA KONVO


Bunga..........bunga.........murah2 jer.. dulu RM40 sekarang RM5 jer. tulah yg saudara Pigi dan Adik2 dari makhtab perguruan penang duk laungkan. mereka bersungguh-sungguh nak bunga tu habis di jual. bukan sebab untung. tapi sebab malas nak buka balik bunga yg di balut. masa tu kakak2 n abg2 cepat2 beli bunga nak jaga hati pasangan masing2. apapun kenangan jual bunga ni ada makna nya yg tersendiri.

PEMAIN BARU SKUAD K. RAJAGOPAL

MALAYSIA BELANJA 272US BELI PEMAIN BARU DARI MESIR

Ahmad bintang baru dalam skuad K. Rajagopal, bintang dari kelab Real Socedad ini telah dibeli dengan nilai 272US. kehadiran beliau diharap dapat menajamkan lagi barisan serangan skuad negara. huhuhuhuhuhu....poyol jer..


"saya berasa sgt gembira dan tidak sabar untuk beraksi di malaysia". kata Ahmad. majlis perasmian pemain baru telah disempurnakan oleh menteri belia sukan dan FAM semalam... antara muka baru dalam skuad Malaysia ialah dayat dari australia,aslam dari turkey dan fakaruddin dari mongolia.  huhuhuhuhuhu
sokonglah LIGA M

GENG MPDCG YANG DULU DAN SELAMANYA



Malam ni cukup free utk aku citer ttg majlis penghuni desasiswa cahaya gemilang yg tidak pernah gental dalam menjaga kebajikan dan apa sahaja demi desa tercinta. walaupun ada muka baru yg datang tapi muka2 yang ada dalam gbr ni tidak pernah hilang idea dan tenaga utk disumbankan kepada desa. malah mereka juga adalah cikgu kepada junior2 yg baru menikmati alam kerja di MPDCG. kejayaan demi kejayaan telah dicipta utk dirai bersama. masih segar dalam ingatan aku bila desa CG berjaya menjalankan projek impiam aku iaitu CG FUN HOUSE dibawah pimpinan sudara syahid. ketika itu, letih seperti debu jer.. nikmat kerjasama mmg kental dalam diri mereka. dulu mereka ni kurus jer... sbb happy sgt dalam mpd tu yg ramai jd chabi2... walau apapun TAHNIAH aku ucapkan kerana kalian mmg hebat dan berjiwa patriot..huhuhuhuhuhuhu...tak ada kena mengena langsung. apapun aku doakan kalian berjaya dunia dan akhirat.

C.GEMILANG FOOTBALL CLUB

inilah dia pasukan bola sepak cahaya gemilang. masa tu aku jadi kapten pasukan. kami hanya layak masuk suku akhir jer. apa yg aku nak citer dalam gambar ni ialah kekuatan pasukan kami bukan terletak pada individu tetapi pada semua pemain. semua org ada peranan masing2 dalam sebuah pasukan. oleh itu kerja sepasukan sgt penting.. kepada yg membaca blog ni kena ingat k.. buat kerja sorang mmg penat. buatlah ramai2 baru tak penat. kerja pun cepat siap. mutu pun ada. bye..... salam...nak pi beli makanan utk buka pose plak.....